PERHATIAN!
Semua harga bagi kelas di bawah TIDAK termasuk harga LESEN "L" dan "P"
Semua harga bagi kelas di bawah TIDAK termasuk harga LESEN "L" dan "P"
Persoalan?
- Bagaimana pula proses pembayaran untuk lesen B2 (motosikal biasa)?
Untuk lesen B2, prosesnya adalah sama seperti lesen kereta. Cuma, perbezaannya adalah pada harga sahaja. - Bagaimana pula dengan proses pembayaran untuk lesen E?
Untuk lesen E pula, untuk pendaftaran anda hanya perlu membuat bayaran RM50 sahaja. Selepas itu, untuk prosesnya sama seperti lesen kereta dan setelah lulus ujian JPJ, anda akan terus mendapat lesen E. - Bolehkah saya mengambil/membayar dahulu yuran dibahagian A dan untuk yuran dibahagian B, saya membayarnya dilain hari?
Ya, boleh. - Bolehkah saya menukar dari tempat Institut Memandu lain ke Institut Memandu ADC?
Ya, boleh. Apa yang anda perlu lakukan ialah anda perlu membuat surat rasmi mohon kebenaran pemindahan kepada Institut Memandu lama anda ke Institut Memandu ADC. Kemudian, Institut Memandu lama anda akan memberikan borang maklumat peribadi anda sepanjang belajar disana. Borang tersebut perlulah diserahkan kepada pihak kami untuk menguruskannya. - Saya sudah mempunyai lesen memandu,tetapi sudah lama tidak membawa kereta. Bolehkah saya "REFRESH" memandu melalui pihak Institut Memandu ADC Cawangan Inanam?
Ya, boleh. Untuk "REFRESH" memandu, cas yang dikenakan ialah RM50 untuk sejam. Ini adalah cas standard yang dikenakan di semua Institut Memandu. - Adakah pengangkutan pergi dan balik disediakan oleh pihak Institut Memandu ADC Cawangan Inanam?
Ya, kami sediakan tapi mengikut area kawasan tempat tinggal. Setakat ini kami sediakan pengangkutan di kawasan Inanam, Menggatal, Luyang, Kingfisher, 1 Borneo sahaja.
Halaman | Lokasi | Prosedur | Pilihan Terbaik | Yuran | Galeri Foto | Blog | Pendaftaran Online | Hubungi
Copyright ©2012-2013 Institut Memandu ADC Cawangan Inanam. All rights reserved